Sunday, August 4, 2013

Bagaimana Nak Promosi Produk Affiliate

Saya dah terangkan apa itu affiliate. Saya juga sudah tunjukkan bagaimana sistem affiliate berfungsi. Tentang tips memilih produk affiliate juga telah saya berikan. Kali ini saya akan kongsikan bagaimana nak promosikan produk affiliate pula.

Biasanya ada empat cara yang saya biasa gunakan dalam mempromosikan produk affiliate. Mungkin sebenarnya lebih daripada empat cara. sebagai affiliate baru, cukuplah anda tumpukan kepada empat cara ini dahulu dan lihatlah sendiri hasilnya.


Di bawah saya terangkan secara ringkas tentang empat cara promosi yang berkesan untuk produk affiliate.


Promosi Melalui Media Sosial

Menyentuh tentang media sosial, tentulah Facebook akan berada di atas sekali memandangkan media sosial ini sememangnya paling ramai penggunanya di seluruh.

Cara promosi yang boleh digunakan kepada media ini adalah dengan cara update status anda tentang produk affiliate yang anda jualkan seperti "Hebat betul apa yang di ajarkan oleh Akmal Adios ni. Sehari RM300 anda boleh buat di Facebook. Nak tahu caranya? klik sini (link affiliate anda)". Ini sebagai cotoh sahaja. Anda olahlah status sendiri yang lebih mencuri tumpuan pembaca sekaligus mengajak mereka klik link affiliate anda.

Selain itu, anda juga boleh bangunkan satu Fan Pages khas untuk memasarkan produk affiliate tersebut. Cara ini juga berkesan dalam mendapatkan jualan. 


Promosi Melalui Blog

Dr.Irfan Khairi ada menyatakan,salah satu cara yang berkesan dalam mempromosikan affiiate ini adalah dengan cara review atau memberi ulasan tentang sesuatu produk. 

Jadi berpandukan pada fakta ini,anda seharusnya mengambil langkah ini dan praktikkannya dengan mengulas melalui blog anda.Jika anda mengulas mengenai produk IM make sure yang blog anda itu tadi adalah berunsurkan IM,ini adalah penting kerana pembaca setia blog anda adalah prospek yang bagus dan tepat dengan produk yang ingin anda jual,kalau tak penat jer otak dan jari anda menulis review tu tadi

Anda juga boleh meletakkan banner yang anda dapat dari penyedia produk di laman blog anda dan secara tak langsung ini juga boleh membantu meningkatkan jualan link affilaite anda


Promosi Melalui Forum

Promosi melalui kaedah ini adalah salah satu cara yang senang dan percuma,namun begitu ia memerlukan konsistensi kesabaran serta dedikasi dalam berforum.

Secara teknikalnya anda cuma perlu meletakkan link affiliate anda di ruangan siggy atau signature dan seterusnya berforum dan link anda tadi akan terpampang setiap kali anda membuat post,makin banyak anda post banyaklah link anda diforum tersebut

Anda juga harus bijak memilih tempat anda berforum,bersesuaian dengan produk affiliate anda itu tadi,kalau anda promote produk digital atau ebook maka eloklah berforum di forum seperti WangCyber,DuitMania dan JomBincang

Untuk lebih efektif anda haruslah selalu aktif berforum macam saya cakap tadi konsinstensi,dalam menjayakan promosi anda melalui kaedah ini.

Dan salah satu lagi cara adalah dengan meningkatkan reputasi anda dalam forum yang anda sertai..bagaimana nak meningkatkan reputasi dan lebih dikenali?

Pertama anda haruslah selalu menulis artikel artikel di forum2 yang anda sertai,dengan cara ini sedikit sebanyak ahli ahli forum mendapat manfaat dari tulisan anda itu tadi sekaligus membuka mata mereka kepada anda dan anda akan dipuji serta disanjung paling tidak pun orang akan berterima kasih dengan anda

Kedua,selalu lah memberi pendapat-pendapat yang bernas setiap kali anda menjawab persoalan atau perbincangan yang diutarakan oleh forumer

Dan yang ketiga,rajin-rajinlah menjawab permasalahan yang dihadapi oleh ahlli forum yang lain but make sure you know what r u doin maksudnya anda mestilah tahu mengenai masalah yang hendak dijawab


Promosi Melalui E-mail

Kaedah ini adalah antara kaedah yang paling berkesan dan diakui oleh ramai affiliater-affiliater terkenal tanahair

Sebelum melaksanakan promosi ini anda perlu lah melakukan beberapa perkara terlebih dahulu.
Yang pertama anda mestilah mempunyai squeeze page,mail list,sistem autoresponder dan sebuah ebook percuma atau repot percuma atau yang sewaktu dengannya

Kenapa anda memerlukan benda-benda yang saya sebutkan itu tadi? Teruskan pembacaan anda diperenggan yang berikut

Baiklah apa yang saya sebutkan tadi adalah tools yang anda perlukan untuk mengumpul mailing list anda kerana promosi melalui email tak akan ampuh jika anda tidak mempunyai senarai mail list 

Jadi bagaimana nak kumpul mail list ni?? Pertama sekali anda perlulah membina satu laman web yg dipanggil squeeze page.Laman web ni berfungsi sebagai alat untuk anda menarik orang ramai menjadi ahli dalam mail list anda,didalam laman web tadi anda letakkan sebuah ebook percuma(sbg cth)untuk diberikan kepada bakal ahli mail list anda dengan syarat mereka letakkan nama serta email address di ruangan yang anda sediakan di laman web anda,jika mereka bersetuju serta berminat mereka akan melatakkan nama dan email mereka..boom!! anda dah dapat seorang dalam mail list anda,kita panggil subscriber

Untuk menguruskan senarai mail ist anda atau subscriber ini anda memerlukan sebuah software yang dinamakan autoresponder.software ini berfungsi sebagai alat untuk menyenangkan kerja2 penghantaran email kepada subscriber anda,anda boleh dapatkan di internet,ada yang percuma dan ada yang berbayar,tapi saya syorkan yang berbayar sebab ianya lebih efektif dan berkesan,cth2 autoresponder berbayar AWeber,GetResponse dll.

Setelah anda selesai membuat apa yang telah saya terangkan diatas tadi maka kini masanya untuk kumpul mail list anda.Anda boleh lah promotekan link squeeze page anda di blog2,forum2 serta website2 yang tinggi hit nya

Setelah anda memiliki senarai mail list yang ramai maka kerja mempromosi link affiliate anda akan menjadi lebih mudah,tapi beberapa perkara perlu dititikberatkan iaitu selalu menjaga subscriber anda dengan menyogokkan mereka dengan tip tip percuma dsb terlebih dahulu sebelum melakukan aksi promosi anda

Satu tip untuk meyakinkan serta menarik minat pembeli ialah dengan memberikan rebate tunai atau ebook percuma atau jika mampu ,buat personal coaching kepada bakal pembeli anda yang ingin membeli melalui link affiliate anda 


Sekarang anda tetapkan matlamat antara keempat-empat cara di atas, yang mana satukah yang anda mahu cuba dahulu? Bila dah buat keputusan, tumpukannya betul-betul sehingga anda berjaya membuat jualan pertama.

Selamat mencuba!

P/S- Untuk cara nombor 2 hingga empat, saya salin kembali tulisan asalnya dari forum WangCyber

Saturday, August 3, 2013

6 Tips Pilih Produk Affiliate Untuk Dipromosikan

Asas mengenai affiliate telah anda kuasai. Tetapi tiba pada bab untuk memilih produk, tiba-tiba sahaja anda jadi buntu. Atau anda dah promosikan beberapa produk tetapi tiada hasil. Tak apa, jangan risau. Kali ini saya kongsikan 5 tips pilih produk affiliate untuk dipromosikan.

Gambar carian Google

Dalam memikirkan produk apakah yang terbaik untuk anda promosikan, mungkin tips-tips di bawah ini dapat membantu anda:


1. Produk dari pemilik produk yang boleh dipercayai.

Antara perkara utama yang perlu anda perhatikan adalah produk tersebut datangnya daripada pemilik yang boleh dipercayai. Pemilik yang boleh dipercayai disini bermaksud produk tersebut pemiliknya adalah salah seorang internet marketer (IM) yang terbukti mempunyai reputasi yang baik sebelum ini. Contohnya saya tak sangsi atau ragu-ragu untuk mempromosikan produk dari Tuan Zamri Nanyan kerana dah terbukti beliau mempunyai reputasi yang baik dalam pasaran IM Malaysia.

2. Review di forum

Forum seperti wangcyber.com antara tempat berkumpulkan IM dari Malaysia. Membincang pelbagai-bagai perkara termasuk mengadakan pra pelancaran dan review produk. Cuba sertai komuniti ini dan cari review mengenai produk yang paling mendapat maklum balas positif. Tentu lebih mudah untuk anda buat keputusan.

3. Produk yang anda ada asas pengetahuan

Sebolehnya pilih produk yang anda punyai asas pengetahuan sedikit dengan topik yang ada pada produk digital tersebut. Contoh jika anda mempunyai asas dan sedikit kemahiran jual beli di eBay, mungkin anda boleh pasarkan produk yang berkaitan eBay juga.

4. Kualiti produk

Pilih produk yang mempunyai kualiti. Bagaimana nak tahu produk tersebut berkualiti atau tidak? Caranya sama seperti nombor (2) di atas iaitu cuba buat carian di forum mahu pun Google. Jika ramai yang komen berpuas hati dengan produk tersebut, tentu sekali anda tiada masalah untuk mempromosikannya.

5. Harga dan komesin

Selepas semua seperti perkara di atas telah anda lakukan, kita beralih pula pada harga dan komesin produk. Harga juga memainkan peranan penting. Cari produk yang komesin antara 50% ke atas daripada harga jualan produk tersebut. Jika anda berjaya menjual produk berharga RM200, jika komesin diberi 50%, anda telah berjaya menjana RM100 hanya dengan sekali jualan.

6. Tools promosi yang lengkap

Akhir sekali saya biasanya akan memilih produk affiliate yang telah disediakan tools untuk promosi yang lengkap. Dengan tersedianya bahan promosi oleh pemilik produk tersebut, kita akan dapat bermula dengan lebih cepat dan pantas tanpa perlu bersusah-susah untuk menyediakan bahan promosi.


Itulah serba sedikit tips yang saya rasa penting dalam pemilihan produk affiliate. Yang penting anda tahu dimana mahu cari produk tersebut dan punyai sedikit asas pemasaran supaya anda boleh bermula dengan cepat.

Semoga perkongsian ini membantu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...