Gambar Carian Google
Apa itu affiliate?
Affiliate atau dengan kata mudahnya ialah Agen pemasaran bagi produk pihak tertentu. Yang menariknya ialah sesiapa sahaja pengguna internet boleh mendaftar untuk menjadi agen affiliate. Ya! untuk menjadi agen affiliate memang mudah.
Anda hanya perlu tahu atau cari website yang mengandungi affiliate dan mendaftar secara PERCUMA! TIADA sebarang caj dikenakan kepada agen affiliate. Terdapat banyak website di luar malah dalam negara menawarkan servis ini.
Link Affiliate
Selepas mendaftar menjadi agen affiliate, satu link khas akan diberikan yang mengandungi nama atau id pendaftar. Apa yang perlu dilakukan ialah meletakkan link affiliate tersebut di email, website-website, minisite, blog dan laman sosial seperti facebook dan twitter.
Komisyen
Bayaran komisyen adalah berbeza mengikut produk-produk yang ditawarkan. Biasanya komisyen akan dibayar terus ke dalam akaun yang telah didaftarkan semasa pendaftaran. Terdapat sesetengah website yang meletakkan syarat bayaran minima untuk layak mendapat bayaran komisyen. Jumlah bayaran komisyen selalunya akan dinyatakan di dalam website affiliate berkenaan. Jika anda menjadi salah seorang agen affiliate, pastikan anda tahu KOMISYEN yang akan anda terima dan syarat-syarat yang lain.

No comments:
Post a Comment