Salam mesra kepada semua. Sudahkah anda mula menjalankan kempen affiliate anda yang pertama? Kalau sudah, bagus! Kalau masih belum mungkin kerana tidak tahu dimana mahu cari produk affiliate untuk dipromosikan, kali ini saya akan kongsikannya.
Untuk pasaran antarabangsa atau internasional, anda boleh dapatkan segala jenis affiliate pelbagai niche di Clickbank.com. Disini terhimpunnya beribu-ribu produk digital yang boleh anda pilih untuk promosikan samada di blog atau di media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Untuk pasaran Malaysia pula, anda boleh perolehi beratus produk digital di Jomniaga.com. Di sini kebanyakkan produknya sangat berkualiti dan pembayarannya juga tepat pada masanya. Anda tak perlu bimbang tentang hal itu.
Satu lagi laman web yang menghimpun kan pelbagai produk digital tempatan ialah Klikjer.com. Laman web ini telah dibangunkan oleh Tuan Shuth yang juga pemilik forum bisnes terbesar Malaysia, iaitu Wangcyber.com
Kini anda dah tahu dimana mahu cari produk digital yang menawarkan program affiliate bukan? Jadi jangn tunggu lagi, segera daftar dan jalankan promosi anda hari ini juga!


No comments:
Post a Comment