Saturday, August 3, 2013

6 Tips Pilih Produk Affiliate Untuk Dipromosikan

Asas mengenai affiliate telah anda kuasai. Tetapi tiba pada bab untuk memilih produk, tiba-tiba sahaja anda jadi buntu. Atau anda dah promosikan beberapa produk tetapi tiada hasil. Tak apa, jangan risau. Kali ini saya kongsikan 5 tips pilih produk affiliate untuk dipromosikan.

Gambar carian Google

Dalam memikirkan produk apakah yang terbaik untuk anda promosikan, mungkin tips-tips di bawah ini dapat membantu anda:


1. Produk dari pemilik produk yang boleh dipercayai.

Antara perkara utama yang perlu anda perhatikan adalah produk tersebut datangnya daripada pemilik yang boleh dipercayai. Pemilik yang boleh dipercayai disini bermaksud produk tersebut pemiliknya adalah salah seorang internet marketer (IM) yang terbukti mempunyai reputasi yang baik sebelum ini. Contohnya saya tak sangsi atau ragu-ragu untuk mempromosikan produk dari Tuan Zamri Nanyan kerana dah terbukti beliau mempunyai reputasi yang baik dalam pasaran IM Malaysia.

2. Review di forum

Forum seperti wangcyber.com antara tempat berkumpulkan IM dari Malaysia. Membincang pelbagai-bagai perkara termasuk mengadakan pra pelancaran dan review produk. Cuba sertai komuniti ini dan cari review mengenai produk yang paling mendapat maklum balas positif. Tentu lebih mudah untuk anda buat keputusan.

3. Produk yang anda ada asas pengetahuan

Sebolehnya pilih produk yang anda punyai asas pengetahuan sedikit dengan topik yang ada pada produk digital tersebut. Contoh jika anda mempunyai asas dan sedikit kemahiran jual beli di eBay, mungkin anda boleh pasarkan produk yang berkaitan eBay juga.

4. Kualiti produk

Pilih produk yang mempunyai kualiti. Bagaimana nak tahu produk tersebut berkualiti atau tidak? Caranya sama seperti nombor (2) di atas iaitu cuba buat carian di forum mahu pun Google. Jika ramai yang komen berpuas hati dengan produk tersebut, tentu sekali anda tiada masalah untuk mempromosikannya.

5. Harga dan komesin

Selepas semua seperti perkara di atas telah anda lakukan, kita beralih pula pada harga dan komesin produk. Harga juga memainkan peranan penting. Cari produk yang komesin antara 50% ke atas daripada harga jualan produk tersebut. Jika anda berjaya menjual produk berharga RM200, jika komesin diberi 50%, anda telah berjaya menjana RM100 hanya dengan sekali jualan.

6. Tools promosi yang lengkap

Akhir sekali saya biasanya akan memilih produk affiliate yang telah disediakan tools untuk promosi yang lengkap. Dengan tersedianya bahan promosi oleh pemilik produk tersebut, kita akan dapat bermula dengan lebih cepat dan pantas tanpa perlu bersusah-susah untuk menyediakan bahan promosi.


Itulah serba sedikit tips yang saya rasa penting dalam pemilihan produk affiliate. Yang penting anda tahu dimana mahu cari produk tersebut dan punyai sedikit asas pemasaran supaya anda boleh bermula dengan cepat.

Semoga perkongsian ini membantu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...